When you don't have a shoulder to cry on. Know that you can cry to Allah in your sujud, Who is closer to you than your jugular vein. Allahurabbi.


Sunday, 13 January 2013

Si Bongsu

Bismillahirahmanirahim......

Ya Allah, kenapa eha rasa mcm ni. Rasa ditinggalkan, rasa sunyi je, alone. I miss my sisters..really2 much :'(
Kenapa rindu diorang? Sebab diorang semua dah ada hidup sendiri..dah ada suami, dah ada anak...Kak Mi baru kahwin. Kak Da, Kak Bi, Kak Mi ada je balik rumah. Weekends boleh je jumpa diorang...tapi tak mcam dulu....suatu masa yang dulu time diorang tak kahwin lagi. Sangat berbeza.

Dulu:
Time cuti2 je semua orang akan ada kat rumah. Pastu dgr kak bi ngan kak mi bergosip psl artisla, dramala, smpai pagi. Kak da pulak selalu main game favourite dia dulu dan kini: The Sims. Tak kisahla even eha diketepikan kalau diorang semua berkumpul time tu, yang penting diorang ada dgn eha, tidur dgn eha skali. Eha selalu rasa terpinggir sikit sebab faktor umur..beza 8 taon dgn kakmi. Tak kisah la tu. Keluar bandar, mesti keluar sama2. If only time could be rewind. Bila time nak wat kerja rumah, Kak Bi akn wat jadual. So, kena gilir la basuh pinggan,menyapu,mop...rindu.......

Sekarang:
Time cuti, krik2 je sebab semua kerja. Weekends kdg2 balik kalau tak busy. Kalau sekarang perbualan KakDa KaBI KakMi semua pasal suami, pasal anak, pasal susu anak, pasal mak mertua (ni paling hot skali). Eha si bongsu ni? Krikkrik jela...Kadang2 nasib baik adala soalan 'caner skolah;? Selalu jugak tanya, and beri nasihat tapi skema la..Huhu. Bila keluar bandar mesti eha jadi org ketiga dlm salah satu suami isteri tu. Time buat kerja rumah??? laaagiii la krik2 je...siapa? tak lain tak bukan....saya lah buat semuaaanyaaaa!!!! mop,sapu,membasuh. ALONE ON MY OWN. Sedih...sebab alone.



Perasaan eha?? RINDU semua yg DULU. Tapi itu semua hanya tinggal sebagai kenangan. Masa takkan berulang dah. Raya tahun ni, Eha sorang je bersiap dpn cermin, tak yah rebut dgn kakmi dah coz dia dah kawin....aiyo, sorang lagii.. Semua dah ada suami...ada tanggungjawab sendiri, komitmen sendiri.

I know, someday my turn will come. Tapi many years to go. Byk lagi benda lain...perjalanan hidup eha baru bermula. Cuma satu yg eha terfikir....mcm mana perasaan mama ye? even eha si bongsu ni rasa sedih and kehilangan setiap kali kakak eha kahwin, apetah lagi sang ibu kan? Mama ramai ank perempuan, semua akan ikut suami. Eha taknak tgglkan mama sorang. Lagi sedih. Mama selalu rindu kat Kak Da, Kak Bi, Kak Mi.....sebab jrg jumpa. Setiap kali ank mama balik, mama sgt gembira...penuh fridge beli lauk... Mama..... Eha selalu dgr mama mengadu, jrg kol la, apa la. Eha sedih tgk mama. Eha taknak jadi ank yg jrg contact mama...Eha janji...walau bz mana pun Eha, Eha akn selalu call mama. Nasib ada Abang Ije (abg sulung) yg take care kat mama kat temerloh. Luckily he worked here. (Eha tak rapat sgt dgn dia)

So kpd sesiapa yg terbaca post ni, ingatlah kalau anda ada adik...luangkanlah sbyk mgkin masa dgn dia, n selalu lah tny khabar dia kalau berjauhan.... Bergaduh tu perkara biasa, and bergaduh tula yg kita akn paling rindu bila dah besar nanti. And suatu hari, bila nak kahwin, igtlah walaupun adik anda nmpak sgt happy mesti terselit jugak perasaan sedih dan ditinggalkan dlm hati adik anda walau dia tak tunjuk semua tu.... Sebab sy adalah adik dan sy rasa semua tu... :'(


Lots of love,
Querida Eyha

Tuesday, 8 January 2013

Iljimae, saranghae JunKii

Bismillahirahmanirahim..........

Eh video apa ni??? Kalau internet laju, play la. Hehe.



ILJIMAE

Iljimae ni merupakan gelaran org ramai kpd perompak yang pakai topeng and semart gila ni (JunKi). Dia ni memangla perompak tapi baik. Duit and harta tu dia gunakan untuk tolong orang miskin kat bandar Nam Mun tu. Dia akn merompak rumah pembesar istana je. And setiap kali dia merompak, dia akan tinggalkan lambang bunga mae hwaa and that's why he is called ijlimae. Kenapa?? Sebab dia sebenarnya ada hidden agenda. Dia merompak tu cuma nak kaburi niat dia yg sebenar iaitu nak cari  pedang yang ada 1 lambang organisasi rahsia ni. 



Hensem wooo!!!

Sebenarnya Lee Geom(JunKi) ni anak keluarga bangsawan tau. Ayah dia, Lee Won Ho adalah adik maharaja (akhir cerita baru tahu), tapi ada sorang blind fortune teller ni gitau maharaja yang "two suns cannot exist under same sky". Tu refer pada Lee Won Ho la kononnya, jadi maharaja buat 1 tuduhan yang menjadikan Lee Won Ho ni ketua pemberontak kononnya nak gulingkan maharaja. (geramnya akuuuuuu) So, maharaja hantar 3 org slayer yang hebat untuk bunuh Lee Won Ho. Ayah Geom ni dah kunci dia dalam almari untuk keselamatan. Almari tu ada lubang so, dia nmpak ayah dia kena bunuh. Dia cuma nampak lambang pada pedang tu je and dia xnampak siapa yang bunuh ayah dia.

Lee Geom adalah buruan orang istana sekarang ni and fortunately dia diselamatkan oleh retired thief, iaitu  Soe Dol. Geom hilang ingatan coz dia terlalu shock, bayangkan la dia tengok mayat ayah dia disiat 4 penjuru  ditarik oleh 4 ekor kuda and dia terpaksa baling batu kat kepala mak dia untuk menidakkan dia ialah Geom. So, Soe Dol ni panggil dia Yong. Dia jadi gangster yang perangai gila2 and suka berjudi. Tapi still hensemm!!!


Hensem kan??



After 13 tahun, dia ingat semula apa yang terjadi, and dia ingat semula janji dia untuk cari pembunuh ayah dia. Dalam masa yang sama dia cuba cari kakak and mak dia. Tapi end up tngok kakak dia mati kena gantung sebab org istana tau Geom tengah cari dia....Kisah hidup dia sangat tragis. Tapi dia sentiasa berlakon tabah and gembira depan orang lain... So, nak tau lagi tengok la sendiri. Serious best!!! Tak rugi tengok and rugi tak tengok. =)

Hebatlah Lee Jun Ki bwk watak Lee Geom uh. Time sedih memang menangis betul Eha tgk. Dari tak suka cerita korea zaman dulu terus jadi minat, addicted plak tu. Okey, thanks Kak bi sebab kenalkan Eha dgn Iljimae. hehe. Tak puas tgk sekali tau. I luv this drama very muchhh!!!




Tengok tau kalau ada peluanggg =)



Lots of love,
Querida Eyha

Sunday, 6 January 2013

Wife-To-Be

Bismillahirahmanirahim...ehem...

Pada suatu malam nan hening dan dingin....berlakulah berbualan sengal ni. Haha...


Mama: Mama tgk Juma rajin sgt tolong mama kat dapur. Tolong kacau lauk dalam kuali. Tolong basuh pinggan. Tolong sediakan meja makan..... ( muka selenge je)

***gulp! Sentap jap. Rasa mcm mkn lada bangla....eh tak tak, lada burung je. Pedas!!***

Mama: Bagusla Juma ni. (senyumm)

Aku:  La.... iyela. Juma kan anak sulung. Mestila pandai buat kerja. Diakan kena tolong mak dia. (jawapan plastik)

***cuba wat donno dahal terasa.***

Mama: Tak delah. Mama tgk x semua bdk mcm tu. 

Aku:  Ma nak kata Eha ni malas la eh. Yela...Juma kan rajiiin. (touching)

Mama: Eh, kenapa adik nak terasa plak. Ma cuma nak kata Juma tu budak rajin. Adik terasa ke??

***senyap***
note: Juma ialah anak saudara sulung aku or cucu sulung mak aku. She just a 7 years old kid, yet so mature.

Yelah, itulah perlian dari mama. Cara lembut gitu. Haha. Aku sedar, kerja aku ngadap cerita Korea je. Layan jiwang dgn Lee Jun Ki oppa. hehe. Bangun tidur pun bila matahari dah tegak ats kepala. (lepas subuh)
Turun dapur pun kadang2 or bila makanan dah siap. Kerja aku? Tolong rasa je. Hehe. Ank dara apa la mcm ni. (==') Tapi 1 yang aku bangga dgn diri aku, aku rajin basuh pinggan...Yeayyy!!! Hmm...nila padahnya bila dah x sekolah. I mean dah habis sekolah....Haritu sebok nak kerja, bila dah dpt, tak sampai 3 hari dah berhenti..Kuang3. Tapi tu sebab balik malam.

Ni I dah dpt kerja baru, kat Gene Martino, balik kul 7 je. hehe...Baikla kerja dari menternak lemak di rumah. Ewww~~ Haha. Sorry, kpd Mr. Future Hubby....saya tak rajin mcm Senoh kat kampung seberang tu. Hehe. However, on the bright side, aku dah jadi seorang yg sgt loving (sengal). Sebab apa? Sebab aku selalu pelukcium and bermanja2 dgn Ikhwan and Arissa and semua ank saudara aku. Tak tahula bila maksu korang yg garang ni dah berubah jadi loving gitu even ada masa kena marah jugak....Hehe. So, motherly gitu (pengaruh kakak2 I yang dah jadi bini org semuanya)....A wife-to-be. Semua wanita single ialah wife-to-be kan?? Even Arissa yg tak sampai 1 bulan ni.

A wife-to-be. Ayeeesya(sebutan abg dia, Ikhwan)





*cuak tunggu result SPM. asyik nightmare je sekarang*




Lots of love,
Querida Eyha