When you don't have a shoulder to cry on. Know that you can cry to Allah in your sujud, Who is closer to you than your jugular vein. Allahurabbi.


Monday, 30 December 2013

Half-Critical Zone

10.40pm, zon hijau, HoHAS

Seorang ibu berlari2 membawa anak lelakinya masuk dalam bilik no 4, bilik H.A. Kepala anaknya berdarah, mcm kena hempap something yg berat. Not sure what.

Muka seorang laki budak lelaki yg terbaring tak bemaya dalam stroller tu dah merah2, sebab demam panas maybe.

Budak perempuan yg asthma, tak boleh bernafas sebab hidung dia tersumbat. Kesian...

Macam2 la, ada yg kaki berdarah, ada yg sesak nafas tiba2 ada yg terkena letrik, semuanya bergegas ke zon half-critical kat hospital malam2 mcm ni. Doctor yg bertugas mcm tak ramai, tapi pesakit yg tunggu turn ramai mcm apa. Lagi2 yg bwk newborn baby like my sister did.  Baby Khaleef demam panas semalam, suhu 39. Ya Allah.

Bila tengok suasana tu, satu je yg aku fikir, kalaula aku ada kepakaran, dah lama aku tolong bukak satu lgi bilik kat ruang tu. Boleh bantu2 sikit pesakit yg tunggu lama kat luar. My sis wait until 11.45 that her name was called to meet the doctor.

InshaAllah, i'll try so hard to be a doctor. Doctor that always there when needed by my patients and my family of course. My Allah ease everything. Going to India in 2015, inshaAllah


   Lots of love,
Querida Eyha

Thursday, 17 October 2013

Why do we 'burping'/kenapa kita sendawa ?

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, today we still have a chance to meet the Sayyidu Ayyam. Syukur. Dah lama nk cari feel untuk mengupdate blog ni, haihh. Time tgh makan, mencurah2 idea. Sekali bila dah bukak blog, blur macam katak. Haha. Okay, today inshaAllah I will share about something that occur to us everyday. Why do people burp?

Apa tu burp? Orang kampung macam sy sebut, sendawa. hehe. Tahu kan? Pernah terfikir tak kenapa kita sendawa? Dari mana datang angin dalam badan tu? Angin apa yg keluar? Kenapa kalau salah makan boleh sakit perut and sendawa non-stop, apa orang kampung cakap, perut sebu? Kenapa sometimes sendawa tu bau busuk ye? Why there's such thing?



Okay here we are =)

Apa itu 'burping'?
Itu satu proses penyingkiran gas berlebihan yg terdapat dlm saluran pencernaan especially perut dan esofagus kita or in the medical term, it's called eructation. Yeah, it's a fitrah actually. A natural clearing mechanisms in our body selain buang air and berpeluh. Alhamdulillahh. Heeeee, sbb tu lepas burp tu perut kita rasa tersangatlah selesa lagi2 kalau burp yang kaw-kaw punya. Hahaaa. Eh, tapi jangan lupa cover sikit taw. Tak pasal2 takde orang nk meminang or yang nak meminang pun tak jadi. Hihiii, mintak simpangllaaaaa.

Dari mana datangnya gas2 tu?
Generally, sebenarnya gas2 tu kita dah tertelan sekali time kita makan or minum air. Gas2 tu tak bahaya pun, Oxygen and Nitrogen. These are the most abundant gases in the surrounding air. Sebab tu kat tempat2 mcm kat makmal kimia ke, kilang2 ke, kita tak dibenarkan sama sekali untuk makan. It is FATAL, gyus. Drop it! Then, bila dah ada udara maka akan wujudla konsep pressure against wall. Korang mesti dah blajar kan time secondary school dulu, or kalau tak belajar lagi takpe, nanti korang akan belajar. Hehe. Best tajuk ni! Apabila udara ni terkumpul (accumulated) dalam perut, ianya akan ditolak naik dan keluar menerusi mulut kita. And..BURRRPP. Udara tu pun keluar. Lega perut.
Oppss, sorry.

Yang berbau tu plak mcm mana?
Itu biasanya disebabkan gas2 yang terhasil time chemical digestion (pencernaan) of food dlm digestion trac kita. Gas2 lebihan tu agak berbau selalunya. And bau tu sama mcm bau benda yang kita makan cuma bau dia terlebih 'pekat' and buat kita rasa meloya bila bau. Hahahaa. Lagi2 kalau gas lebihan org yg makan durian. Bau dia, hmmmm, Ya Allah, tak sanggup. Herrrrrrrr. *Iklan jap* Kalau kita tengah dalam solat jemaah tu, berpada2 la sikt ye nak sendawa. Sekali bau mcm @#$%, kesian orang yang solat di kiri kanan kita. Terganggu kosentrasi diorang. Tak pasal2 dapat dosa. Nauzubillah.

Yang perut sebu?
Tu biasanya kalau kita salah makan, mcm mak sy tak boleh makan keropok. Kalau makan mulalah perut tak selesa. Bergantung pada orang. Setiap orang mesti ada benda yg dia tak bleh makan. Bila termakan jugak, body reaction tu lain. Digestion proses akan terganggu and tak smooth. So, sebab tu perut rasa memulas and mcm2 gas lebihan yang terhasil dan disingkirkan keluar sebagai non-stop burpinggg. That's why, kalau makan tak boleh gelojoh. Sbb makin gelojoh kita makan, makin banyak udara yg kita tertelan. Kunyah pun ala kadar je. Itu boleh menyebabkan digestion problem.

Kalau perasan, orang selalu kata sendawa ni maknanya dah kenyang. Your stomach is already full actually. It's okay, somesays burping is a sign of satisfaction of the food we ate and a compliment to the chef. Yeahhhh! But please, cover sikit ye lagi2 perempuan2 melayu terakhir. *sopan lah sangat kan*  Satu muhasabah diri, kita disini makan sehingga kadang2 sendawa berlebihan. Tetapi ingatlah saudara2 seIslam kita di Palastin, di Rohingya di Africa. Anak2 mereka selalu menangis tiada makanan. Allahu. Ayuh kita doakan untuk mereka yuk :'(

Thanks to Allah for rezeki He gave:')


Sekadar perkongsian ilmu, correct me if i'm wrong.

Lots of love,
Querida Eyha

Thursday, 29 August 2013

I am Being Loved.

Bismillahirahmanirahimmm... Allahurabbi, Allahurabbi, Allahu.

Aku sangka cuaca panas sampai ke petang, tetapi Allah hilangkan matahari seketika. Allah hadirkan kilat, petir dan hujan lebat. Aku sedih. Aku menangis. Kenapa macam tu? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang cukup indah sesudah tu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah :')
Hati ni dah tak larat dah nak risau, kepala ni dah tak larat dah nak fikir. Seribu satu penyesalan melanda jiwa. Astaghfirullah, tak baik macam tu. For why I'm being here, it's all because of fate. Allah yang tentukan. Siapa kita nak merungut. Sedar sikit diri tu Aida. Yeah, I'm trying hard to! Aku sedihhh sangatt. Balik dari ikip tadi, kecewa coz still xtahu sambung ke mana. Orang2 sponsor masih mengintai2 peluang ntuk kami.*lap hingus* Orang lain cerita pasal kuliah, kelas. Sedangkan aku tak tahu kat mana aku akan belajar nanti. Siapa tak sedih woi! okbye.

"Kenapelaaahhh time kita nak fly jugak banyak masalah?"
"Kenapelah Mesir nak bergolak jugak time ni, tunggu 10 tahun lagi takleh ke?"
"Baru berangan nak makan nasi Mandy hari hari, haihhhh."
"Kalo aku tahu mcm ni, baik aku ambik mara dulu. Pegi India lagi bagus."
"Kalo aku tahu ni, aku tak lepas tawaran petronas dulu ke UK"
"Kalo aku tahu benda ni mcm ni, aku tak mohon yang mesir ni"
"Kenapelaaahh, kenape, kenape, kenape?!"

Try to put yourself in our shoes, how would you say? Astaghfirullahalazim. Penuh dengan keluh-kesah, rungutan, penyesalan... Sampai aku lupa, siapa yg takdirkan ini semua terjadi. Siapa yg menetukan semua ini? Allahurabbi. Seorang sahabat cakap "kebangkitan  Arab ni dah tertulis dlm Al-Quran, and it is happening now. The battle ain't gonna easy". Allahu.... Apa yg kita fikir cuma tak dpt fly tak dpt belajar, frust, bengang. Tapi sedarlah, saudara seIslam kita di Mesir tu berjuang mempertahankan pemimpin yang soleh dan rela memburu syahid. Subhanallah. Kita?? Hurmmm, takpayah *kibas tangan, tunduk*

Tipula aku, kalau aku kata aku tak cemburu tengok kawan2 aku yg dapat buat a level, IB, adfp, ausmat. Tipula aku kalau hati ni tak terusik tengok Chap bergambar dengan matsaleh kat Vanderbilt Univ tu. Tipula! tipula kalau tak jealous! My dream country, Australia. Wooowoo TT,TT
"Selama ni kau selalu dapat apa yg kau nak. Kali ni xpelah, Allah uji kau. Kau start belajar lambat sikit, kau tahu tempat kau belajar pun lambat sikit dari yang lain. Percayalah ada jalannya. Jangan risau. Allah ada sembunyikan hikmah disebalik semua ni. Maybe He wanna give you something better. Who knows?" *meh peluk sikit mehh* Stay strong Aida! Ye Aida kan kuat. Kan. Sabar. Keep on praying!

Ada yang diuji dengan lebih lagi, contohnya senior2 yang memang dah final year kat mesir, yg kena repeat paper, yg baru fly tahun lepas. Lagi kesian kat diorang tu sebenarnya. Itula cikgu Fauzi ckp tadi (tadi aku singgah sekolah kejap, LOL) "awk tahan lagi tak daftar lagi, kalau yg baru dftar kat mesir tu mcm mana. Dah kena balik malaysia. Sponsor awk boleh cari tmpt lain lagi." Betul tu, ingat, kita jgn bandingkan kita dengan orang yg kurang diuji tetapi bandingkan dengan orang yg diuji dengan lebih berat. Allahu.

Morocco? Jordan? Russia? Indonesia? India? Ipts? Uia?

Still don't know yet, peluang tu masih ada inshaAllah *mata bersinar-sinar* Okey, korang kalo terbaca post ni, tak perlula simpati kat aku. Apa yang aku perlukan dari korang adalah serangkai doa. *eh ada ke serangkai doa? hentamla* Mungkin dalam kalangan kalian, ada yang doanya termakbul. Syukran Jaziilan, Allah Yikhaliik. Jazakumullah :') Pray for egypt, gaza, syria, rohingya and pray for us ;D

Ujian tu tanda Allah sayang kan? Sedarlah Aida, you re being loved!!!!!! Subhanallah *air mata mengalir* I knew, I will become stronger and this is the point where I will become more mature to face the reality of life. AllahuAllah.



Lots of love,
Querida Eyha

Sunday, 13 January 2013

Si Bongsu

Bismillahirahmanirahim......

Ya Allah, kenapa eha rasa mcm ni. Rasa ditinggalkan, rasa sunyi je, alone. I miss my sisters..really2 much :'(
Kenapa rindu diorang? Sebab diorang semua dah ada hidup sendiri..dah ada suami, dah ada anak...Kak Mi baru kahwin. Kak Da, Kak Bi, Kak Mi ada je balik rumah. Weekends boleh je jumpa diorang...tapi tak mcam dulu....suatu masa yang dulu time diorang tak kahwin lagi. Sangat berbeza.

Dulu:
Time cuti2 je semua orang akan ada kat rumah. Pastu dgr kak bi ngan kak mi bergosip psl artisla, dramala, smpai pagi. Kak da pulak selalu main game favourite dia dulu dan kini: The Sims. Tak kisahla even eha diketepikan kalau diorang semua berkumpul time tu, yang penting diorang ada dgn eha, tidur dgn eha skali. Eha selalu rasa terpinggir sikit sebab faktor umur..beza 8 taon dgn kakmi. Tak kisah la tu. Keluar bandar, mesti keluar sama2. If only time could be rewind. Bila time nak wat kerja rumah, Kak Bi akn wat jadual. So, kena gilir la basuh pinggan,menyapu,mop...rindu.......

Sekarang:
Time cuti, krik2 je sebab semua kerja. Weekends kdg2 balik kalau tak busy. Kalau sekarang perbualan KakDa KaBI KakMi semua pasal suami, pasal anak, pasal susu anak, pasal mak mertua (ni paling hot skali). Eha si bongsu ni? Krikkrik jela...Kadang2 nasib baik adala soalan 'caner skolah;? Selalu jugak tanya, and beri nasihat tapi skema la..Huhu. Bila keluar bandar mesti eha jadi org ketiga dlm salah satu suami isteri tu. Time buat kerja rumah??? laaagiii la krik2 je...siapa? tak lain tak bukan....saya lah buat semuaaanyaaaa!!!! mop,sapu,membasuh. ALONE ON MY OWN. Sedih...sebab alone.



Perasaan eha?? RINDU semua yg DULU. Tapi itu semua hanya tinggal sebagai kenangan. Masa takkan berulang dah. Raya tahun ni, Eha sorang je bersiap dpn cermin, tak yah rebut dgn kakmi dah coz dia dah kawin....aiyo, sorang lagii.. Semua dah ada suami...ada tanggungjawab sendiri, komitmen sendiri.

I know, someday my turn will come. Tapi many years to go. Byk lagi benda lain...perjalanan hidup eha baru bermula. Cuma satu yg eha terfikir....mcm mana perasaan mama ye? even eha si bongsu ni rasa sedih and kehilangan setiap kali kakak eha kahwin, apetah lagi sang ibu kan? Mama ramai ank perempuan, semua akan ikut suami. Eha taknak tgglkan mama sorang. Lagi sedih. Mama selalu rindu kat Kak Da, Kak Bi, Kak Mi.....sebab jrg jumpa. Setiap kali ank mama balik, mama sgt gembira...penuh fridge beli lauk... Mama..... Eha selalu dgr mama mengadu, jrg kol la, apa la. Eha sedih tgk mama. Eha taknak jadi ank yg jrg contact mama...Eha janji...walau bz mana pun Eha, Eha akn selalu call mama. Nasib ada Abang Ije (abg sulung) yg take care kat mama kat temerloh. Luckily he worked here. (Eha tak rapat sgt dgn dia)

So kpd sesiapa yg terbaca post ni, ingatlah kalau anda ada adik...luangkanlah sbyk mgkin masa dgn dia, n selalu lah tny khabar dia kalau berjauhan.... Bergaduh tu perkara biasa, and bergaduh tula yg kita akn paling rindu bila dah besar nanti. And suatu hari, bila nak kahwin, igtlah walaupun adik anda nmpak sgt happy mesti terselit jugak perasaan sedih dan ditinggalkan dlm hati adik anda walau dia tak tunjuk semua tu.... Sebab sy adalah adik dan sy rasa semua tu... :'(


Lots of love,
Querida Eyha

Tuesday, 8 January 2013

Iljimae, saranghae JunKii

Bismillahirahmanirahim..........

Eh video apa ni??? Kalau internet laju, play la. Hehe.



ILJIMAE

Iljimae ni merupakan gelaran org ramai kpd perompak yang pakai topeng and semart gila ni (JunKi). Dia ni memangla perompak tapi baik. Duit and harta tu dia gunakan untuk tolong orang miskin kat bandar Nam Mun tu. Dia akn merompak rumah pembesar istana je. And setiap kali dia merompak, dia akan tinggalkan lambang bunga mae hwaa and that's why he is called ijlimae. Kenapa?? Sebab dia sebenarnya ada hidden agenda. Dia merompak tu cuma nak kaburi niat dia yg sebenar iaitu nak cari  pedang yang ada 1 lambang organisasi rahsia ni. 



Hensem wooo!!!

Sebenarnya Lee Geom(JunKi) ni anak keluarga bangsawan tau. Ayah dia, Lee Won Ho adalah adik maharaja (akhir cerita baru tahu), tapi ada sorang blind fortune teller ni gitau maharaja yang "two suns cannot exist under same sky". Tu refer pada Lee Won Ho la kononnya, jadi maharaja buat 1 tuduhan yang menjadikan Lee Won Ho ni ketua pemberontak kononnya nak gulingkan maharaja. (geramnya akuuuuuu) So, maharaja hantar 3 org slayer yang hebat untuk bunuh Lee Won Ho. Ayah Geom ni dah kunci dia dalam almari untuk keselamatan. Almari tu ada lubang so, dia nmpak ayah dia kena bunuh. Dia cuma nampak lambang pada pedang tu je and dia xnampak siapa yang bunuh ayah dia.

Lee Geom adalah buruan orang istana sekarang ni and fortunately dia diselamatkan oleh retired thief, iaitu  Soe Dol. Geom hilang ingatan coz dia terlalu shock, bayangkan la dia tengok mayat ayah dia disiat 4 penjuru  ditarik oleh 4 ekor kuda and dia terpaksa baling batu kat kepala mak dia untuk menidakkan dia ialah Geom. So, Soe Dol ni panggil dia Yong. Dia jadi gangster yang perangai gila2 and suka berjudi. Tapi still hensemm!!!


Hensem kan??



After 13 tahun, dia ingat semula apa yang terjadi, and dia ingat semula janji dia untuk cari pembunuh ayah dia. Dalam masa yang sama dia cuba cari kakak and mak dia. Tapi end up tngok kakak dia mati kena gantung sebab org istana tau Geom tengah cari dia....Kisah hidup dia sangat tragis. Tapi dia sentiasa berlakon tabah and gembira depan orang lain... So, nak tau lagi tengok la sendiri. Serious best!!! Tak rugi tengok and rugi tak tengok. =)

Hebatlah Lee Jun Ki bwk watak Lee Geom uh. Time sedih memang menangis betul Eha tgk. Dari tak suka cerita korea zaman dulu terus jadi minat, addicted plak tu. Okey, thanks Kak bi sebab kenalkan Eha dgn Iljimae. hehe. Tak puas tgk sekali tau. I luv this drama very muchhh!!!




Tengok tau kalau ada peluanggg =)



Lots of love,
Querida Eyha

Sunday, 6 January 2013

Wife-To-Be

Bismillahirahmanirahim...ehem...

Pada suatu malam nan hening dan dingin....berlakulah berbualan sengal ni. Haha...


Mama: Mama tgk Juma rajin sgt tolong mama kat dapur. Tolong kacau lauk dalam kuali. Tolong basuh pinggan. Tolong sediakan meja makan..... ( muka selenge je)

***gulp! Sentap jap. Rasa mcm mkn lada bangla....eh tak tak, lada burung je. Pedas!!***

Mama: Bagusla Juma ni. (senyumm)

Aku:  La.... iyela. Juma kan anak sulung. Mestila pandai buat kerja. Diakan kena tolong mak dia. (jawapan plastik)

***cuba wat donno dahal terasa.***

Mama: Tak delah. Mama tgk x semua bdk mcm tu. 

Aku:  Ma nak kata Eha ni malas la eh. Yela...Juma kan rajiiin. (touching)

Mama: Eh, kenapa adik nak terasa plak. Ma cuma nak kata Juma tu budak rajin. Adik terasa ke??

***senyap***
note: Juma ialah anak saudara sulung aku or cucu sulung mak aku. She just a 7 years old kid, yet so mature.

Yelah, itulah perlian dari mama. Cara lembut gitu. Haha. Aku sedar, kerja aku ngadap cerita Korea je. Layan jiwang dgn Lee Jun Ki oppa. hehe. Bangun tidur pun bila matahari dah tegak ats kepala. (lepas subuh)
Turun dapur pun kadang2 or bila makanan dah siap. Kerja aku? Tolong rasa je. Hehe. Ank dara apa la mcm ni. (==') Tapi 1 yang aku bangga dgn diri aku, aku rajin basuh pinggan...Yeayyy!!! Hmm...nila padahnya bila dah x sekolah. I mean dah habis sekolah....Haritu sebok nak kerja, bila dah dpt, tak sampai 3 hari dah berhenti..Kuang3. Tapi tu sebab balik malam.

Ni I dah dpt kerja baru, kat Gene Martino, balik kul 7 je. hehe...Baikla kerja dari menternak lemak di rumah. Ewww~~ Haha. Sorry, kpd Mr. Future Hubby....saya tak rajin mcm Senoh kat kampung seberang tu. Hehe. However, on the bright side, aku dah jadi seorang yg sgt loving (sengal). Sebab apa? Sebab aku selalu pelukcium and bermanja2 dgn Ikhwan and Arissa and semua ank saudara aku. Tak tahula bila maksu korang yg garang ni dah berubah jadi loving gitu even ada masa kena marah jugak....Hehe. So, motherly gitu (pengaruh kakak2 I yang dah jadi bini org semuanya)....A wife-to-be. Semua wanita single ialah wife-to-be kan?? Even Arissa yg tak sampai 1 bulan ni.

A wife-to-be. Ayeeesya(sebutan abg dia, Ikhwan)





*cuak tunggu result SPM. asyik nightmare je sekarang*




Lots of love,
Querida Eyha