When you don't have a shoulder to cry on. Know that you can cry to Allah in your sujud, Who is closer to you than your jugular vein. Allahurabbi.


Thursday, 25 October 2012

Movies~

Bismillahirahmanirahim


Excitednya nak cerita....Eha pergi keluar starmall !!! Alah, bukannya sebab first time pergi, dah pernah dah pergi before. Yang excitednya, Eha g tgk wayang dengan mama!!!! Bangga rasa...sebab kalau tgk orang lain, semua keluar dgn pakwela, kawan2 la....tapi aku? Dengan mak beb! Rasa terpelihara...Alhamdulillah =D



Haha...Tapi Eha just teman mama tgk cerita Aku Terima Nikahnya. It's a biasa story la..Nothing special pun. Agak kecewala lps tgk sebab cerita mcm tu buat drama tv pun dah biasa tgk.


 Eha rasa peminat2 cerita romance kat Malaysia ni pun semua akan disappointed dgn cerita ni. Maybe x semua tapi minority or maybe majority. Buatla cerita yg extraordinary sikit.......apa la~ Tentang Dhia is better la....=)


This one is fantastic! I wanted to watch this seriously! Tapi xde peluang nak tgk la.Haritu nk tgk tapi mam nk tgk ATN. Kakmi plak sibuk kata nak tgk. Kalau dia xkata nak join, mmg Eha dah beli tiket lain2 dgn mama. Tapi......dah x jadi...x dpt nak tgk. Seriously cerita ni seksa mental kita beb..Best!!!



  Lots of love,
Querida Eyha

Wednesday, 24 October 2012

Sahabat~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....



Mas Diyana & Me

 I'd like to introduce my beloved companion, Mas Diyana. Mas ni seorang yang sgt memahami org lain...so, kalau ada apa2 masalah, I will find her and she will listen to me. Mas seorang yang good advicer, mcm kaunselorla gitu. maklumla skandal dgn kaunselor sekolah...haha Tiqah Mat Noh ckp!!! Dia ni terkenal dgn sifat emo dia. That's why kalau dia marah, dia akn mengamuk betul2....haha. Tapi itulah dia, Mas Diyana orang yg sgt byk tolong and support aku....bila dia cerita psl family dia, aku akan rasa dia seorang yg sgt penyayang and strong ......Mas!! love u b'coz of Allah....=)

Nur Nadhirah & me
This ih Nad...aku kwn dgn dia since f3 lagi & dia adalah org yg sgt baik yg pernah aku kenal. Really~ Kadang2 aku selalu rasa bersalah dgn dia..yelah, aku ni bila geram dgn org selalu la ckp mcm2 kat dia. Xtaula apa reaksi dia. Huhu....sometimes aku jauhi dia sebab aku rasa mcm x layak kawan dgn dia sebab dia ni terlalu baik & positif. Dia selalu je taching dgn aku. Hurmmm, actually perangai aku memang x dijangka...tiba2 je aku jadi diam dgn dia. x tegur dia....hhu jahatnya. Reasonnya sebab aku rasa ditinggalkan. Haha...kelakar la. Nad, ur one of my besties & love u b'coz of Allah.....=)

Ezah & me
Ni pulak Ezah. aku byk cerita masalah2 aku kat dia. almost eveerything about me. Yeah she is a good listener but.....not a good advicer, ceyy xdala...huhu. Aku rasa dlm byk2 kawan aku, dgn dia ni aku pernah gadoh besar...haha. Tapi semuanya dah okay. Alhamdulillah. Tu sebenarnya mengeratkan lagi silaturahim kami. She is very strong and t0ugh dlm hadapi ujian hidup. I still respect her more. Dia juga adalah Ketua badar aspuri. Seorang yg bukan calang2 orang, orang yg rapat dgn Sang Pencipta kita, Allah s.w.t....what a pleasant friend....I love u b'coz of Allah.


Aku harap aku boleh bersahabat dgn diorang sampai ke syurgaNya. InsyaALLAH....tiga org ni adalah sahabat yg terbaik yg pernah aku jumpa..kawan2 yg lain pun baik, mungkin aku selalu dgn 3 orang ni kot sedorm & sekelas. Wisdom adalah the sweetest memory in my life...Alhamdulillah...semoga kita semua dapat berjaya sama2 dlm SPM.....ready 4 reunion!!! Hhaha





Lots of love,
Querida Eyha

Tuesday, 21 August 2012

Oh Raya dah!

Bismillahirahmanirahim....

Pjam celik pejam celik dah raya dah. Rasa macm sekejap je dah nak habis tahun ni. Ramadhan pun xrasa sgt sebab busy trial. Hmm...semakin lama semakin x rasa Hari Raya. yela masa kecik dulu waktu nak rayalah jumpa sepupu and main ramai2. Seromoknya!! Rumah makt0k memang jadi port rasmi dulu. Rasa mcm baru semalam jadi budak2, dah besar da 17 tahun pun. Tapi malam first raya aritu best. Ada family gathering kat rumah mama.....bukan senang tau. Then buat festa firework kat belakang rumah.. Syok gilakkkk~




Suka dengar budak ni jerit2, meriah je rasa. Family ni memang 1 anugerah Ilahi kan. Walau gaduh mcm mana pun, tetap berbaik and tetap rasa selamat dgn diorang. X boleh byg kalau beraya dgn keluarga yg kita x biasa-keluarga mertua....haha selalu terbayang. Mcm mana duit raya? Percaya x, eha x kira pun malas la. Anggaran dalam RM250 gtu...........=) Alhamdulillah


Okay, malam semalam Eha belanja kak da,abg zaiful, Ikhwan, Mama and kakmi makan kat MarryBrown tepi rumah ni. Guna duit raya habis dlm RM52 je gtu. Sungguh ikhlas eha belanja. Setakt 50 xtertanding dgn duit yg diorang habis ntok eha. Semoga ALLAH rahmatilah mereka selalu. Amin~

Give your best shot Honey

A happy family :)

Kak Mi & Eha lapar!!

Mama tgk mana tu?

Nampak gigi budak encem ni. Sayang!
Okay. Belum terlambat lagi, selamat hari raya. Maaf zahir & batin....=)
Again, pray 4 my succes in SPM. Syukran Jazilan =D


Lots of love,
Querida Eyha

Monday, 20 August 2012

Love-love ???


Bismilahihrahmanirahim.....

p/s : aksi ni utk hubby & wify sahaja!


Suwet kan gambar di ats ni....okay, back 2 basic......Lovelove? Eh tu nickname eha. Kenapa ye? Bila ckp pasal 'love2' ni, semua orang excited termasukla eha sendiri....undeniable. Eha mmg hidup dlm surrounding yg menggalakkan kahwin awal. Eh! bukan mama suruh tapi.......kakak2 sy 2. Semua dah kahwin and kak mi hujung tahun ni insyaALLAH. So......kami adala bincang2 sikit pasal masa depan.....

Kak Mi : Eha, awk nk kawin awl ke lmbat?

Eha : urmm....lambat. Eh, awal la dlm 23, 24 mcm tu. kenapa?

Kak Mi : xdela. Kalau awk nak kawin awl kene start cari dah.

(eha tergamam. Tiba2 cuak)

Eha : Iyeke? kalau xde mcm mana?

Kak Mi : maksudnya biarlah kalu ada org dah 'marking' awk. And pastikan dia lebih tua. jgn sama umur!        
               Kalu xda xpe. Tapi maybe mcm kakmi la. Kat U baru cari habis2 umur 25 la baru kawin...

Eha : oh memangla eha geli ngan org sama umur. Tapi eha xde lagi. Tapi eha suka sorang senior eha ni adala.          
         Dia belajar kat mesir kot sekarang. Hehehe... Tapi sekadar mengagumi dia jela.

Kak Mi : Dia kena lelaki mula dulu...mcm kawan2 kak mi kawin awl dulu semua sejak form6. Tapi ada
              jugak yg family aturkan. Tu biasanya ustaz n ustazah. Family yg kuat Pas.

(berangan kejap. bestnyaa.....mesti mcm novel)

Eha : Nak mcm tu.......tapi susahla. Ish! bila eha ckp pasal ni dgn family rasa geli & takut pulak sebab mcm
        serious je....

Kak Mi : kalau geli tu......maknanya awk x ready lagi. So........x payah fikir. Study je dulu. Nanti jumpanya
              org yg terbaik pilihanNya. Bila dah jumpa nanti, taula awk mcm mana rasa dia.............*sengih*

(eha termenung panjang. a'ahla eha x ready pun actually)

Eha : okay2........:D


Bila eha fikir2 balik.......Kak Mi ni nak cabar aku ke? Tapi dia buat aku sedar yang aku langsung x bersedia secara serious. Berangan je tau~ Maklumla ada org nak merisik......hahaha lawak!! Its not a small matter kay! Bagi eha perihal kahwin ni bukan benda yang jauh dari budak yg dah 17 tahun macam eha. I need to think and merancang.....ikhtiar kepada Yang Esa supaya dikurniakan seorang imam yang baik dan mampu membimbing eha ke syurga Allah macam..........'diala'. Siapa? adala........hehe.......4 me marriage is a serious matter and it's related to akhirat kita di Sana, Allahuakbar!



"Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever."


"Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa, Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personaliti.begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan"

copied from : http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ 



Lots of love,
Querida Eyha

Sunday, 19 August 2012

Kenapa marah?

Bismillahnirahmanirahim....

Kenapa? Kenapa marah? Siapa marah? Aku marah!
Sungguh rasa lainnya bila Ramadhan dah habis...bulan Ramadhan rasa tenang je, x mudah marah2. Dgn ank saudara Eha pun boleh layan dgn sabarnya. Tapi......harini dah mudah panas balik. Haiya. Astagfirullah. Apalah nak jadi eha ni. kat budak kecik pun nak marah. Tapi jujurla, Eha rasa rimas dgn budak ramai2. Eha plg x suka budak yg:


  1. kuat merajuk
  2. suka menjerit
  3. suka tanya mcm2
  4. suka usik2 barang
  5. melawan
  6. suka menangis
  7. jual mahal
  8. asyik nak mengada2...............................

Kalau nak listkan memang x tertulis dah rasa. Kesimpulannya, eha mmg memilih nak lyn bdk jenis mcm mana. Jahat kan? padahal eha masa kecik sama jugak camtuh.. Sian anak sedara eha ada Mak Su yg garang mcm ni. Huhu...eha rasa semua Mak Su garang k0t...maybe adala sikit2 yang baik.Haha......




"Hati Oh hati, janganlah mudah lalai dari mengingatiNya. Tetapi itulah yang selalu dilakukan hambaNya yang hina. Mudah benar mendengar hasutan iblis durjana. Peringatan ALLAH entah kemana. Rasa takut & malu entah kemana dek melayan nafsu amarah di dalam jiwa. Astaghfirullah..."

Kenapa kita memilih untuk layan amarah kita? Kenapa pilih untuk mengamuk dan memaki hamun? Kenapa? Kenapa x pilih untuk bertenang, sabar dan istighfar? Kenapa? Kenapa kita selalu pilih yang tidak sepatutnya? Susah ke nak bersabar? Susah ke nak beristighfar? Kenapa memilih untuk memenangkan syaitan laknatullah? Itulah...bertenang, dgr mcm remeh tapi itulah perkara paling susah untuk kita laksanakan......Betul ke? Terpulanglah pada empunya diri......^^


Astaghfirullah.....




Lots of love,
Querida Eyha

Thursday, 7 June 2012

Sekuntum Mawar Berduri

Assalamualaikum...=)


Today i want to share with you all a story about Muslimah Sejati..
This is a dialog between a daughter with her fathers.
I really enjoy reading this story and at the same time, i feel like i want to be a Muslimah Sejati..
But i still not reach that place yet..
I am still trying to be muslimah sejati who had Iman in her heart.
While reading this.. i though about myself and i want to share it..
Which i hope we all girls and ladies out there can appreciate our selves better..








Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan

dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu

peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan

hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus 

menyambung,“Muslimahsejati juga tidak dilihat dari bentuk

tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk 

tubuhnya yang mempersona itu".



"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi 

dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati 
bukanlah dilihat

dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya 

bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari 

bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran"


Berdasarkan ayat 31,surah An

Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya

boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan

mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).



“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga 

menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan 

yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).




“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. 

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand 

tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya 

melalui apa yangdipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda 

orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang

mengundang orang tergoda".




"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani 

tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa 

redha dankehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan 

segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam 

bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya 

dalam bergaul”.




Setelah itu si anak bertanya, 

”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?

mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya 

nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah

kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu 

terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. 


“Apabila seorang 


perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga
 kehormatannya dan
mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia 
kehendakinya”. (riwayat Al Bazzar) 







This story really touch my heart.. Now i realize it is not hard and not to easy too for become a Muslimah Sejati..


We want AllaH to love us.


But have we love Him enough??


We want He to give the best to our selves,


But have we give the best ibadah to Him??


We want to stay in Syurga Allah,


But have we thank Him for our home now?


We said we are khalifah,

But have we done what a khalifah should do?


It is easy to be muslim..


But is it not easy to get Allah love,


To get barakah in our live.




Hope readers enjoy to read this entry..
and forgive me if my word is harsh and something that you feel not right..
This poem is sincere from my heart..
to All readers..


:)

Monday, 4 June 2012

Nasihat buat diriku yg hina




Assalamualaikum....


Entry bwh ni bkn lah tulisan sy sendiri tetapi adalah sharing melalui bl0g *x igt nama sori* .... Sy nk share entry ni sbg peringatan utk jiwa yg lemah ni...Ayuhla hayati....=)






Jom2~~*wink2*






Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.


Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.


Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.


Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.


Apakah pandangan anda?


Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?



Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata


Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.


Betul kan?


Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.


Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?





Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.


Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau


Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit



Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa


Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.


Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?


Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.


Saya suka bertanya.


Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?






Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:


Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”




“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”


Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.


Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.


Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.


Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.


Kesilapan kita, adalah di sini.


Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.




Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu


Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.


Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.


Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.


Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Jadi, apakah sikap kita?


Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?





Mereka butuh manusia yang memahami


Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.


Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.


Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?


“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?


Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.


Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.


Ini masalah kita.


Kemudian kita salahkan dia.


Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.


Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.


Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?


Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?


Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?


Yakni tegur, dan pimpin mereka.


Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.






Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama


Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”


Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka
.


Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.


Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?




“Dia kan budak agama, dia mesti faham”




Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.




Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?




Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?




Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.




So, macam mana sekarang?




Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.






Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan


Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.


“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?


Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.


Kemudian, tegur bukan sekali.


Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
Kamu mati.
Dia mati.
Matahari terbit dari barat.
Dia berubah.



Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.


Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.


Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.


Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.


Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.


Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.


Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.