When you don't have a shoulder to cry on. Know that you can cry to Allah in your sujud, Who is closer to you than your jugular vein. Allahurabbi.


Thursday, 7 June 2012

Sekuntum Mawar Berduri

Assalamualaikum...=)


Today i want to share with you all a story about Muslimah Sejati..
This is a dialog between a daughter with her fathers.
I really enjoy reading this story and at the same time, i feel like i want to be a Muslimah Sejati..
But i still not reach that place yet..
I am still trying to be muslimah sejati who had Iman in her heart.
While reading this.. i though about myself and i want to share it..
Which i hope we all girls and ladies out there can appreciate our selves better..








Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan

dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu

peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan

hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus 

menyambung,“Muslimahsejati juga tidak dilihat dari bentuk

tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk 

tubuhnya yang mempersona itu".



"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi 

dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati 
bukanlah dilihat

dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya 

bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari 

bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran"


Berdasarkan ayat 31,surah An

Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya

boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan

mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).



“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga 

menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan 

yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).




“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. 

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand 

tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya 

melalui apa yangdipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda 

orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang

mengundang orang tergoda".




"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani 

tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa 

redha dankehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan 

segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam 

bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya 

dalam bergaul”.




Setelah itu si anak bertanya, 

”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?

mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya 

nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah

kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu 

terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. 


“Apabila seorang 


perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga
 kehormatannya dan
mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia 
kehendakinya”. (riwayat Al Bazzar) 







This story really touch my heart.. Now i realize it is not hard and not to easy too for become a Muslimah Sejati..


We want AllaH to love us.


But have we love Him enough??


We want He to give the best to our selves,


But have we give the best ibadah to Him??


We want to stay in Syurga Allah,


But have we thank Him for our home now?


We said we are khalifah,

But have we done what a khalifah should do?


It is easy to be muslim..


But is it not easy to get Allah love,


To get barakah in our live.




Hope readers enjoy to read this entry..
and forgive me if my word is harsh and something that you feel not right..
This poem is sincere from my heart..
to All readers..


:)

Monday, 4 June 2012

Nasihat buat diriku yg hina




Assalamualaikum....


Entry bwh ni bkn lah tulisan sy sendiri tetapi adalah sharing melalui bl0g *x igt nama sori* .... Sy nk share entry ni sbg peringatan utk jiwa yg lemah ni...Ayuhla hayati....=)






Jom2~~*wink2*






Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.


Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.


Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.


Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.


Apakah pandangan anda?


Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?



Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata


Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.


Betul kan?


Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.


Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?





Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.


Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau


Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit



Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa


Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.


Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?


Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.


Saya suka bertanya.


Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?






Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:


Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”




“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”


Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.


Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.


Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.


Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.


Kesilapan kita, adalah di sini.


Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.




Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu


Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.


Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.


Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.


Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Jadi, apakah sikap kita?


Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?





Mereka butuh manusia yang memahami


Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.


Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.


Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?


“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?


Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.


Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.


Ini masalah kita.


Kemudian kita salahkan dia.


Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.


Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.


Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?


Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?


Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?


Yakni tegur, dan pimpin mereka.


Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.






Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama


Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”


Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka
.


Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.


Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?




“Dia kan budak agama, dia mesti faham”




Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.




Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?




Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?




Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.




So, macam mana sekarang?




Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.






Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan


Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.


“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?


Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.


Kemudian, tegur bukan sekali.


Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
Kamu mati.
Dia mati.
Matahari terbit dari barat.
Dia berubah.



Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.


Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.


Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.


Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.


Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.


Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.


Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.



Saturday, 7 April 2012

All I need is HIM

Bismillahirahmanirahim....
HIM? Who is it? A man? A boyfriend? or whatsoever lah yg org panggil....(==") NOPE exactly!!! Hidup ni tidak bermakna langsung tanpa cinta Sang Pencipta Yang Maha Kuasa. HIM is ALLAH~ I need HIS LOVE so desperately. Jikalau kita dapat kasihNya, kita adalah org yg memiliki segala-galanya di dunia dan akhirat. Subhanallah!! Agungnya cinta-MU ya Rabb....tetapi aku terlalu mudah leka dek duniawi yang sementara....aku terlalu hina....layakkah aku........~Tetapi Alhamdulillah...aku dapat merasa cebisan kasih-MU dgn ujianMU kepadaku di dunia. Dgn itu pun aku dah goyah....lemahnya aku................


"ALLAH did not promise that life would be easy, but HE did promise to always be beside you, in every step of your life....."


Sy berpegang pada kata2 ini di dlm hati sy.... Yes, sy masih student, tapi sy belajar drpd dunia sekeliling sy mengenai kehidupan. Kadang2 sy rasa rezeki sy mahal sgt berbanding org lain....kalau sy nk sesuatu, Ya Allah susahnya....x baik kan sy mengeluh? hurmmm.....dah byk benda yg sy terlepas mcm pertandingan forum, pisa, keputusan cemerlang......xpelah Allah x bagi rezeki lagi...mungkin rezeki sy ada kat tempat lain. Kadang2 nak belajar pun susah sgt nak masuk...susah sgt nk faham mcm masa lower form dulu...Allah x redha ke? Ya Rabbi...redhailah aku! Sy risau pasal sekolah....byknya silap sy dlm menjaga anak buah sy. Apa yg harus dijawab di Akhirat nanti? Aku pelukan secebis kekuatan dariMu.....Ya Allah....byknya hati2 yang aku lukai npa kusedar...Subhanallah...sy rasa cikgu2 kat sekolah mcm x suka je sy...ish! Jgn buruk sangkalah...(nasihat utk diri sendiri) Ranking no. 20.....bagi sy teruk tapi betterl dari dulu....lepas ni kena byk tumpukan pd pelajaran....SPM dah dekat, jiwa masih tersekat~ (==') sedarlah Aida.....sudah2lah fikir hal2 lain yg menyerabutkn otak...Tapi apa yg Sir Ikmal and Bonda ckp kat sy ari Jumaat aritu betul2 menganggu sy. "awk nak balik sgt sebab kakak awk bertunangkan?" "You have hidden agenda.." Ayat2 ni mengguris hati ni....Allah je tau mcm mana seksanya jiwa sy bila Bonda n Sir ckp cm2 kat sy...air mata da x larat dah n mengalir. Sampai hati.....Sy mintak balik TOTALLY bukan sebab 2 tapi sebab adik2 n sahabat2 sy.... sy rela x balik kalau org lain x boleh balik....tolonglah faham....xpe, ni ujian Allah utk sy. Allah nk uji kesabaran sy...keimanan sy. Ternyata iman ku masih lemah....sy kena belajar utk lebih tabah, Mungkin ini pengajran...bertindaklah betul2 lps ni...terima kasih Sir Ikmal dn Bonda! I learn so much....=) Yeah....reality bites.....

"Orang yg kurang ditimpa kesulitan, jiwanya lemah, sebagaimana orang yg kurang bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dgn kesulitan. kerana dgn itu kita mempunyai jiwa yg kuat dn tabah!"    (Stanza Cinta)
Alamdulillah~ Tapi org lain xtau betapa kesalnya sy bila x dpt pergi pertandingan forum remaja 2.....Allah dah atur yg terbaik untukmu Aida....jgnlah bersedih dan kesal.....Redhakanlah hati.......Tahniah kpd sahabat2 sy yg dpt second runner. xde rezeki nk ke kebangsaan. Sian cikgu...xpelah...ni je post utk balik kali ni... Tabahlah Aida...ALLAH ada dgn kita setiap saat, setiap degupan jantung....Wallahua'lam =D

Saturday, 31 March 2012

Massu Jin (rasukan jin)

Bismillahirahmanirahim......sych0 kan title p0st ni? xdela..actually..memang 1 cubaan besar bagi sy dan kawan2 seperjuangan di sek0lah. Bermula dari hari isnin kami berjuang membantu adik2 n sahabat2 yg terkena gangguan jin. Seriesly kami sgt penat. Td0 dah xlena mcm dulu, kena tindihla mimpila mcm2...tapi nilah cubaan. Sy mnx maaf kat ustaz J n warden2 sbb mnx nk pelepasan balik utk semua org secara mengejut ari jumaat ari2 jugak....fuhh!!...tapi,seriesly kami memerlukan rehat dan bina balik kekuatan kami. X salah kalau kami balik. Sy rasa kami sepatutnya dibenarkan balik sejak hari rabu lagi. Kepada wisd0m, buatlah yg terbaik...sebab sy igt apa yg b0nda ckp kat sy. "kalau balik awk jamin ke diorang b0leh tambah bilangan A dlm exam?"....sy xde jwpn utk itu sebab sy sendiri pon terumbang-ambing...xpelah yg penting perfect sc0re ditangguh dulu. Sy xtau mcm mana reaksi cikgu2 bila jumpa sy nanti. Harap2 xde apa...Sy cuma cuba yg terbaik utk adik2 n sahabat2 sy kat sek0lah. Mungkin kalau balik, benda ni stil akn berterusan kat sek0lah nanti. 2 saya xtau. kita cuma berd0a yg terbaik daripada ALLAH~ada hikmah disebaliknya. Tapi x dinafikan pelajar aspuri mmg degil sebahagiannya...terlalu galak, c0uple sana c0uple sini..x cukup lagi, pegang sana pegan sini. Subhanallah wa Nauzubillah...jgnla buat cm2 dah adik2 n sahabat2 ku.....kita ni belajar lagi..igtlah mak ayah kat umah...Jauhilah semua 2...Jin dtg mengamuk mesti ada sebabnya..Muhasabah diri kita..semua 0rg buat silap s0, j0m kita berubah ke arah kebaikan. Allah lebih mngetahui semuanya.....Semoga kita tidak diganggu dah lepas ni dgn izin ALLAH taa'la. InsyaALLAH~~


juz 4 sharing2~
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.



Wednesday, 14 March 2012

Nasihat Akhi Luqman Ibrahim..




 "ntah.nak cakap pon serba salah.sy x nak jadi pengwas pon sbnrnye..smpi lah sy kene jugak paksa jadi pengawas mase form 5.tu pon sy jadi jgk sbb cikgu yg terus2an mendesak.=,='
bukan ape.alasan sy xnak jadi sbb sy sendiri nampak institusi pengawas dekat sekolah tu sgt lemah.sy dulu PRS.jadi,gerak kerja PRS dgn pengawas bg sy sendiri jauh berbeza.organisasi PRS lebih tersusun dan kemas.pengawas terlalu berbangga dengan baju kuning tu,smpai amanah yg sepatutnya tergalas,diambil mudah.

jadi cikgu kate kat sy:klu kamu kate pengwas tu lemah,masukla dalam organisasi tu dan betulkan ape yg kurang.

jadi,last2 sy jadi jugk pengawas,eh silap,lompat terus,cikgu lantik jd ketua pengawas.haha..mcm tah pape kan.

jadi,ape yg sy buat mula2,bukan tegur budak2 yang buat silap kat skolah tu.tp sy buat dulu meeting dgn semua pengawas,dan sy mintak semua jelaskan matlamat kite pakai baju kuning tu.mintak semua betulkan niat.dan mintak semua buat kerja tu bersungguh2.bukan kerana cikgu,bukan kerana nama,tp kerana Dia yang maha kuasa.

sebenarnya,ape2 pon salah yg budak2 buat,semuanya punca dpd pengawas,atau badar,atau ajk asrama.memandangkan semua organisasi ni berada di bawah pimpinan pengawas,maka ape2 masalah pon pengawas lah yg harus bertanggungjawab dan dipersalahkan.

itu ciri2 yg sepatutnya ada pada pemimpin:iaitu x menyalahkan org lain,sebaliknya muhasabah diri sendiri.mungkin gerak kerja pengawas kurang efektif dan efisyen sehingga menyebabkan pelajar2 lain x terkesan dengan nasihat yg dibuat oleh pengawas mahupun badar.
atau mungkin pengawalan pengawas kurang ketat dalam disiplin pelajar2 masa prep dan sebagainya.

ingat,bile menjadi pimpinan,kite kene memberi,tp jangan lupe utk turut menerima.klu org tegur,kene terima dgn lapang dada. muhasabah balik klu bende tu mmg kite yg salah.klu kite x salah pon,at least dgn terima apa yg org lain tegur,itu membuktikan kepada budak2 lain yg kite ni bukan pemimpin yg sombong.sebaliknya pemimpin yg sedia ditegur bila melakukan kesilapan.

kes kapel pulak.zaman sy pon bende tu masih berlaku,dan akan terus berlaku.cuma,kite ingt,kite nak tegur org yg berkapel dengan cara yg baik.hikmah.tp yg penting sekali,kite bukan benci kepada pesalah,tp tanamkan dalam hati yang kite benci perbuatan yg dia buat!ingat,jangan benci kepada org,tp bencilah pada perbuatan yg buruk itu sahaja.

jadi,teguran itu ade proses.
klu aida tegur terus org yg buat salah tu,mesti die xnak terima.
jadi,mulakan dengan step yg betul.mungkin aida buat baik dulu dgn dia ke,belanje die ape2 ke.bile die dah baik dgn aida,mase tu la aida nasihat dia elok2 ttg kapel.bende tu perlukan masa.bukannye seminggu dua.sbb kite nak timbulkan kesedaran.kalau kesedaran dah ade,kite x nasihat pon die akan tahu itu perbuatan yg salah.dan akan dengan sendirinya berhenti buat bende yg salah tu. jgn kite buat kerja pengawas tu sbb kite cume jalankan arahan cikgu je.tu yg ramai org silap.

tp kite buat kerja tu kerja nabi,syariat ilahi.
klu kite buat kerana Allah,inysaAllah pertolongan Allah tu akan sampai kepada kite tanpa kite sedar pon.

keperluan pimpinan utk ada hubungan yg baik dengan org yg dipimpin sgt penting.sy dulu,wpon dgn budak2 nakal,diorg still ok dgn sy.klu kite cakap diorg boleh dengar,boleh ikut.sbb timbul dlm hati diorg respect kepada kite yg mmg nak laksanakan amanah tu.sbb die tahu,kite bukan benci kat diorg. ni ramai org x suke pengawas,sbb pengawas tu sendiri yg benci kat org tu.sape x marah klu mcm tu.aida pon marah kalau ade org benci kat aida kan? 

budak2 skolah tu sgt lembut hatinya.sgt mudah dilentur.mcm mane kite tengok teruk pon org tu,masih ade sekelumit kebaikan dalam hati diorg.cuma kdg2 kebaikan tu tersingkap oleh kenakalan remaja.jadi,cuba keluarkan kebaikan yg ada dalam diri mereka.kerana mereka sgt berpotensi utk meneruskan kerja nabi!

sory la terpanjang ...haha...syok sgt menulis "

Sy rasa bertuah c0z ade seni0r sebaik abg Luqman. Dia m'punyai hati yg sgt bersih & lapang. Itu 1 anugerah Allah yg susah nk dpt..I'll make his w0rds as my guide. I will learn fr0m him. Sem0ga Allah selalu melindungi iman dihatinya~Amin...
Carilah kasih Ilahi yg hakiki~ =)

Lead me O' Allah!

Saturday, 10 March 2012

Unexpected


Bismillah......ini agak beratla sebenarnya. First of all, sy nk mnx ampun dan maaf kat semua sahabat, juni0r2 sy seandainya sy ada mengguris hati secara x sengaja. Mungkin ada dlm klgn kwn2 sy yg kata "Aida ta0n ni lain la; muka dia ketatla, xmesrala, garangla." Sy mintak maaf sekali lagi. Sebenarnya sy xde niat nk jadi mcm 2, mungkin sy x sedar...sy kurang senyum tahun ni. Tapi, sy nak k0rang tau, ta0n ni sy rasa susah sgt nk gembira..smpai nk senyum pun b0leh terlupa sebab byk sgt bnda sy kena fikir. Sy harap kalian faham keadaan sy. Demi ALLAH, sy x pernah sedar pun sy buat sebahagian dr kalian terasa...tapi, 1 benda, air muka biasa sy mmg kurang manis, dari kecik, mak sedare s0kmo kata sy ni x senyum, masam je, and it stay like that smpai skrang ni. Jadi silaalah mengerti keadaan saya, kalianlah yg mampu buat sy bahagia balik. Time f4 dulu sy terlebih gelak la pulak. Tapi, serius! Sy x pernah terniat nk sombong dgn korang...sy sayang k0rang tau wahai sahabatku, adik2ku...Jadi kalau sy kurang senyum ke ape ke, silalah tegur sy. Mungkin sy x sedar. Igtkan sy bahawa senum i2 sedekah ok? Sy mntak maaf sekali lagi. F5 is the hardest year 4 me.....=='


P/S: Agama itu menasihati..Jadi, insyaALLAH! Sy akn berlapang dada terima sebarang teguran dan k0men anda....Sesungguhnya, i2lah panduan sy...=)

Friday, 27 January 2012

My loVe~

Family Abg je + Family Kak bi + Eha + Mama

Kak ebi
Kak Juma~kakak yg baek

Licha, Amsya, Juma

Licha~dye ni cheeky sgt!

Amsya~gentleman

Kak Emi

Mama

Kak emi, Ikhwan, Me

Ikhwan n mamanyer

Aisya Umairah

Aliesya, Aisha, Kak Eda, Ikhwan

Cha!!!

Khwan!!

Ensemla cyunk!!
Alhamdulillah...ALLAH bagi sy family yg sgt sempurna even tanpa ayah. Takpe, sy bersyukur sgt. Sy xley hid0p tanpa mereka. Sayang sgt2~~~<3